Cikgu anaFerana dengan murid Tahun 3 (3 missing) |
Pengenalan
2008 mula mengajar sebagai guru ganti di SK Temoyong. Tahun 1 kelas akhir. Memang tak da kaedah langsung. Setahun jugak la. Tapi pencapaian paling kagum dapat kontrol kelas yg maha dashat tu. Tapi, balik sek tiga hari pertama tu menitik air mata jugak la.... x leh handle. Satu sikap warga pendidik ni, yang aku dapat kesan, depa memang akan bagi cikgu ganti kelas yg paling teruk yg depa tak mau la. Apapun... i grab the challenge and survived. Alhamdulillah
Hujung tahun kawin, Alhamdulillah lagi... dapat interview KPLI and save a seat at IPGM Perlis. 2009 going through teachers training and again 2 minggu awai aku gheyau kt surau waktu solat jemaah... stress dengan kata2 provokrasi... tapi... terkenangkan harapan mak ayah... aku survived jugak. Sekolah ke 2 aku mengajar SK Ewa. Kali ni lain sikit sebab dah ada pedagogical knowledge. Ilmu penuh di dada... kononnya.... well, Alhamdulillah dapat A walaupun subjek minor nyaris2 nak kantoi sbb buat lawak bodo kt Pensyarah. Learned another lesson.
2010 dapat posting... Alhamdulillah dekat dengan En Suami. Selangor ku sayang. Hehehe... Now dah almost 7 years.
Tahun pertama bergelar GURU
Lebih spesifik Guru Pemulihan. 2010 sebulan ajar kelas last tahun 6 yang level tahun 1. Ajar baca petikan suku kata bewarna. Dengan ilmu penuh di dada.... well di dada ja la, once dah turun sekolah...teori tu hanya teori saja... Pengalaman yang lebih beharga... but this time x gheyau dah sebab depa trained baiiikkkk punya kat maktab kan. Kebai sket jiwa raga.
Lepas sebulan, turun ke tahap 1... share bilik with another Cikgu Pemulihan, my Sifoo jugak Cikgu Siti Fatimah. Buat partition kt kelas, divide students... but the 1st mistake kami buat... partition tu la... murid kelas aku jengok kelas kak CT... and vice versa. Somehow, Kak CT kena transfer ke sek lain later... sad sad sad....You know time flies and a year gone. And aku punya RPH... RPT... technique entah apa2 ja... and banyak kena buat kerja yg bukan our major.... i guess majority cikgu pemulihan kena kot... lagi2 hang baru masuk, tak kan nak tunjuk pandai kottt...
Setelah 5 tahun
Tahun ke 2 kesalahan aku buat sebagai guru pemulihan sebab ambik budak max to 15. Pekeliling mmg suh ambik 1:15 tapi, aku x mampu. End up... 2nd year pun aku x dapat hasil yang bagus. Performance out!!And... aku x boleh handle kaedah pemulihan 3 group. 2 groups ja relevant for me. Aku muhasabah balik apa yang tak kena.
Berbincang dengan KP BM Ismail Jusoh ' mungkin teknik tak keno... mu keno cari teknik yang sesua dengan anak murid...cer tanya cikgu2 lama apa perlu buat. So, aku pun jalan2 tengok cikgu2 lama mengajaq, aku combine dengan apa yang aku tau. Dan Alhamdulillah, it works. Jangan belagak jadi freshies... pi usha2 apa senior buat. Sentiasa belajar and googled of course.
Teknik mengajar kena pelbagai... dan pemulihan ni special... individual approach gitue... tak boleh buat mass macam arus perdana. Kesian budak. So, max budak aku ambik 10. Ballance aku minta guru MP tu tolong. Hardcore with me... ok sket dengan guru MP. And it works... 100% sifar LINUS.
Aku pun maintain la kekdahnya. Saban tahun cengei pun kurang, kesabaran semakin tinggi. Orang cakap banyak aku diamkan ja. Orang tak pernah puji usaha aku.. aku diamkan ja... sebab Allah ada. Dia yang maha mengetahui. Utamakan anak-anak pemulihan... yang lain aku tolak tepi... tolak tepi dalam erti kata buat pelan2... keutamaan Pemulihan.
Selepas 5 tahun
Cycle tahun pertama berulang. Murid layak ke pemulihan makin bertambah walaupun enrolment x da beza. Kalau dulu 3:10 yang tak tau abjad tapi hari ini 14:14. Semua ke tadika/prasekolah/kindergarden tapi kenapa? 6 bulan berlalu tapi tak da hasil. Hakikatnya aku tau, tiada support di rumah... mmg parents lepaskan di sekolah ja... so budak tu btoi2 belajar seminggu max 3 jam ja. Tapi, kesalahan tetap cikgu... client x salah.... *dangggg....
Januari aku dah luahkan pada GB.... Tahun 3 tahun ni 5:10 K0 (tak kenal abjad)... sebelum2 ni max 2-3 ja... x leh capai KPI yang ditetapkan. #apaakunakbuatwoiiiiii Secara tidak langsung, seperti dipersalahkan apa yang aku buat 3 tahun budak tu still zero. #goyangkakimakangajibuta
Frustrated, tapi aku bertenang jup..... idle mode.
Sekarang
Lepas tempoh bertenang, aku baca2 sket buku guru2 cemerlang... pengetua cemerlang... Terapi pendidikan... idea2 orang lain kt FB, Pinterest... dan terkini a proper instruction guna brain gym oleh Cikgu Ratiga.
Data sekarang :
- Tahun 3 : 10 orang (3 K3, 2 K6, 4K7, 1 MBK)
- Tahun 2 : 8 orang ( 3 K0, 1 K2, 2 K3, 2 ada ciri2 MBK)
- Tahun 1 : 14 orang (12 K0, 1 ada ciri MBK)
Tahun 1 |
Tahun 2 |
Perancangan
Selepas perbincangan profesionalisme dengan pentadbir and cikgu2 otai lain... aku akan teruskan:-
- Program ASBALIS (Asas Baca Tulis)
- Celik Nombor (Numerasi)
- Program Mentor ACE - GB suh wujudkan balik dengan penambahbaikan, last buat 2014....semoga ACE anak2 sayang i tue.
Dalam PDP plak:-
- Tahun 1 - aku wujudkan Fail Individu (selama ni folder ja) - so progres as individual. Sebab available buku depa x boleh cope up. Kena prepare worksheet ikut level. 1 murid (Imran) ada individual approach
- Tahun 2 - Group 1 ikut konsep tahun 1 (K1 - K2), Group 2 Buku Kerja dan 2 murid (Muhaimin & Zaleha) akan ada individual approach
- Tahun 3 - Group 1 - ansur maju, Group 2 Buku LINUS / BBT
Borang penilaian pakai yang FasiLINUS bagi tu aja untuk semua tahap.
Murid MBK :-
- Menggunakan Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas - Mahfuzah Zainol
- Muhaimin & Zaharah - Perkembangan teramat perlahan, Hanya kenal vokal. Akan Fokus pada kemahiran kognitif
- Imran - masalah motor halus - menggunting, buat kolaj, mewarna, pakai kasut, guna penyepit etc
Penutup
Persoalan Kenapa makin ramai tidak tahu membaca terlalu general. Banyak faktor daripada persekitaran, teknik pengajaran, pemakanan, sosioekonomi, keluarga, penyakit dan banyak lagi. Cumaya cikgu-cikgu ni dah di train memang kot mana pun salah cikgu. Ada yang pernah kata kat aku " budak-budak ni cerdik, sampailah depa masuk sekolah yang jadi bodoh... jadi ko kena cerdikkan balik" deep ok, tapi kita ambil positif. Yang penting aku tak give up. Ni just draf untuk penambahbaikan selepas 6 bulan di tahun 2016. Semoga fasa 2 lebih smooth dengan bantuan pentadbir dan rakan sekerja. RPH tengah edit balik.... next post i will share.
0 Comments