#09 ~ PdPR atas talian

Belajar atas talian? 

Bagaimana cikgu-cikgu lakukan? 

Ada pelbagai teknik dan pendekatan yang kita boleh jalankan dałam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Begitu juga perlaksanaan PdPR di kalangan murid-murid pemulihan. Paling diidamkan semua guru adalah melihat murid pemulihan masuk dalam Google Meet (GM) la kan. Tapi, atas beberapa faktor penghalang, hanya sedikit saja yang bersama sewaktu pembelajaran berlangsung.

Sebelum itu, jom kita lihat apa masalah yang menjadi penghalang dalam perlaksanaan PdPR murid pemulihan saya. Survey menerusi whatsapp telah dijalankan pada bulan Januari 2021 sewaktu sesi persekolahan bermula menunjukkan respon seperti berikut:-

  1. ibu bapa/ penjaga bekerja dan anak di bawah jagaan orang lain
  2. ibu bapa/ penjaga bekerja dan tiada gajet 
  3. berada di luar 
  4. masalah komunikasi (warga asing)
  5. tidak dapat ikut GM sebab tak boleh (😁)
Sejujurnya, Google Meet, Google Classroom merupakan platform terbaik untuk kelancaran kelas atas talian ni. Tapi seperti murid pemulihan SKSK, hanya segelintir sahaja yang boleh masuk Google Classroom dan ikuti pembelajaran melalui GM mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pikhak sekolah. 

Panggilan video dan Google Meet

Bagi murid-murid yang berpeluang mengikuti kelas atas talian, mereka akan terus klik pautan GM yang diberikan. Proses pembelajaran menjadi lebih mudah, guru dapat membuat penilaian secara terus untuk aktiviti menulis, membaca dan mendengar. Pentaksiran boleh dilaksanakan setiap kali sesi berlangsung. 

Selain GM, saya juga menggunakan pendekatan panggilan video atas permintaan ibu bapa murid itu sendiri.  Ini melibatkan dua orang murid warga asing keturunan Pakistan, mereka  mempunyai masalah komunikasi (tidak fasih Bahasa melayu/ inggeris) dan kesukaran nak akses GC ataupun GM kerana gajet yang digunakan tidak compatible.  Saya ok ja...selagi pembelajaran boleh berlangsung, medium apa pun tak pa. Oh ya, cara ni juga terbuka untuk murid lain, tapi setakat ni dua murid ni saja yang setia setiap kali kelas dijalankan.

Apa berlaku dalam kelas atas talian? Sama ja apa yang dilaksanakan semasa kelas bersemuka. 

Ada set induksi, proses pembelajaran, aktiviti bertulis dan permainan. 

Ikut kesesuaian dan kesediaan nurid.

Best ka PdPR ni.... secara jujurnya kepuasan mengajar tu masih kurang, mungkin sebab kita dah maklum murid pemulihan ni perlu lebih perlukan hands on... one to one approach dan active face to face participation. Namun, ini adalah pilihan yang ada buat masa sekarang kebab ia melibatkan faktor kesihatan dan keselamatan sejagat. 

Semoga kita kembali kepada kehidupan yang lebih baik dan dapat semula nikmat yang telah ditarik balik oleh Yang Esa.

Murid-murid yang tak dapat join online macam mana? 

Biarkan saja mereka? 

Haaa... saja bagi suspen 😁

Next post nanti saya share pulak apa saya buat untuk murid-murid yang tidak dapat ikuti kelas atas talian. 


💮 Cikgu Farhana

Post a Comment

1 Comments

  1. 1xbet korean | KONGBET - Legalbet
    1xbet korean in play · 1xbet febcasino korean in play · 2xbet korean in play septcasino · 3xbet korean in play · 4xbet korean 1xbet korean in play · 5xbet korean in play · 6xbet korean in play · 7xbet korean

    ReplyDelete