#04 RPH Pemulihan

 RPH

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah rangka kerja yang cikgu sediakan untuk diaplikasikan semasa proses Pengajaran dan pembelajaran (PdP). RPH penting sebagai persediaan guru sebelum masuk ke kelas. Kalau dulu, bonda cikgu (Alfatihan) perlu menyediakan rancangan pengajaran mingguan, kemudian rancangan pengajaran harian. Syukur sekarang semakin mudah, ada RPT (tahunan) dan mingguan sahaja. 

Template RPH ni berbeza mengikut sekolah, tetapi di bawah ketetapan KPM. Kebiasaannya, kita dah tetapkan dalam mesyuarat pertama panitia masing-masing. Bagaimana pula dengan Pemulihan?

 Penyediaan RPH

Untuk Program Pemulihan juga tiada ketetapan khusus di pihak pengurusan. Jadi, cikgu ikut apa yang KP Panitia cikgu dah tetapkan di sekolah. Reka letak tidak sama, tapi apa yang wajib tu ada. Cikgu juga ikut rakan guru pemulihan daerah lain juga, yang mana nampak praktikal, cikgu tambah yang tidak sesuai cikgu buang. So, RPH cikgu sebenarnya dah sesuai untuk cikgu sendiri. 

RPH ni dulu pensyarah cikgu kata, jantung kita. Wajib jaga elok-elok dan betapa pentingnya jantung kita, begitulah pentingnya RPH kita. Sebenarnya, dia bukan memudahkan cikgu sebagai individu tetapi akan memudahkan rakan-rakan nanti sekiranya cikgu bertugas di luar. Rakan guru boleh rujuk RPH untuk memastikan PdP berjalan seperti biasa.

Kesimpulan

Cikgu ada kongsikan di bawah, pautan untuk contoh RPH minggu pengurusan dan PdP biasa. Semoga boleh membantu rakan-rakan cikgu yang lain di luar sana.


<< Download RPH >>


Post a Comment

0 Comments